Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bercadang untuk menubuhkan sebuah universiti sukan agar atlet dapat dikumpulkan setempat selepas tamat persekolahan.
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata persatuan itu berharap agar cadangan berkenaan dapat dipertimbangkan Kerajaan Malaysia.
Ini kerana negara sudah memiliki sekolah sukan tetapi tiada sebarang universiti khusus untuk sukan, sekali gus menyaksikan tiada kesinambungan buat atlet muda negara.
"Semalam KOM telah mengadakan mesyuarat agung dan antara keputusan terbesar ialah sudah sampai masanya untuk kita memiliki sebuah universiti sukan," katanya dalam satu kenyataan.
"Kita ada sekolah sukan tetapi kesimbungannya hanyalah universiti-universiti yang memiliki bahagian sukan.
"Sudah sampai masanya kita memiliki universiti khas buat sukan kerana dalam pada kita mahukan atlet yang berprestasi tinggi, atlet kita kini bertaburan di pelbagai tempat sehingga ada yang terpaksa berhenti.
"Jika kita ada universiti sukan, sudah pasti mereka dapat masuk ke sebuah universiti yang mereka boleh berjaya dalam bidang sukan dan juga bidang akademik.
"Apa yang paling penting, universiti sukan ini memberikan sepenuhnya perhatian kepada sukan, di mana masa terluang mereka akan dipenuhi dengan sukan," katanya.