Skip to main content

Sukan Lain

KLSCM: Ni Jia cerahkan peluang wakili negara ke Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ching.jpg
Yeow Ni Jia muncul pelari negara terpantas kategori terbuka lelaki terbuka dalam Larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 dengan catatan masa 2.36.12s (saat) hari ini.

Kejayaan itu sekali gus berpotensi melayakkan dirinya untuk dipilih bagi mewakili negara dalam acara maraton di temasya Sukan Sea 2025 Thailand pada Disember nanti, mengatasi pencabar utama iaitu pemegang gangsa Sukan SEA sebanyak dua kali, Muhaizar Mohammad.






Perubahan laluan buat pertama kali selepas 17 tahun penganjuran itu ditambah dengan cuaca panas memberikan sedikit cabaran buat Ni Jia, namun dia berada lega mampu menamatkan larian mengikut sasaran masa yang ditetapkan kali ini.

"Berbanding dengan penamat di Dataran Merdeka tahun, jadi kesan psikologi akan mengatakan larian hampir tamat jika sampai ke sana.

"Tetapi tahun ini selepas Dataran Merdeka masih berbaki tiga hingga empat kilometer lagi, pengakhiran mencabar. Tetapi semua yang menyertai sangat bagus dan perasaan yang bagus." katanya.
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video