KLSCM 2024: Disiplin latihan, pemakanan faktor utama Muhaizar Mohamad juara

Najmi Iman
Oktober 6, 2024 19:10 MYT
Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA, Muhaizar Mohamad, kembali menemui rentak larian sebenarnya apabila muncul pemenang dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024 (KLSCM), sekali gus merangkul kejuaraan keenamnya dalam kategori terbuka lelaki Malaysia.
Kejayaan tersebut menyaksikan Muhaizar mencatatkan masa selama 2 jam 41 minit dalam acara larian itu yang merampas gelaran daripada pemenang dua edisi berturut-turut KLSCM, S. Poovasanathan, yang tidak menyertai kejohanan itu ekoran kecederaan.
Pertama sekali, disiplin ketika latihan dan pemakanan perlu dijaga merupakan antara perkara yang saya buat sebelum ini," katanya.
Dalam masa sama, Noor Amelia Musa pula dinobatkan sebagai juara kategori wanita selepas menamatkan saingan dengan rekod masa 3 jam 9 minit.
"Memang disiplin kena ada untuk menjadi atlet yang cemerlang.
"Kecemerlangan kena seimbang dalam sukan mahupun kerja," ulasnya.
#Muhaizar Mohamad #KLSCM #Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024
;