Inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mencungkil bakat sepak takraw negara terserlah dengan adanya klinik pengenalan asas sepak takraw sempena Grand Final Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 yang akan bermula esok.

Ketua teknikal VSL 2024, Mohammad Razizi Midin, menyifatkan klinik seperti ini penting dalam menyuntik minat sepak takraw dalam diri anak kecil, dan pada masa sama berharap ada bakat yang mampu dilahirkan dari program seperti ini.

"Tahun ini sesuai dengan pelaksaan Grand Finale di Putrajaya, kali ini sambutan baik dengan 45 orang peserta daripada sekolah menengah dan kebangsaan.

"Klinik ini objektif adalah untuk mendekati masyarakat selaras dengan KPT punya hasrat untuk memperkasakan sukan sepak takraw bukan di peringkat pengajian tigggi tetapi peringkat akar umbi." katanya.

Dalam pada itu, peserta Klinik Pengenalan Asas Sepaktakraw VSL, Muhammad Izzul Wafi, berasa bangga dalam menyertai program itu dengan dia sudah mulai belajar servis bola sepak takraw.

"Dapat belajar banyak perkara seperti cara servis dalam Sepak Takraw." tambahnya.