Klinik STL beri impak positif kepada 350 pelajar di Terengganu

Najmi Iman
September 26, 2024 23:45 MYT
Selepas penganjuran di Selangor, kini Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL) buat pertama kalinya singgah ke Terengganu.
Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) menjadi tuan rumah menyaksikan seramai 350 pelajar secara keseluruhan terlibat selain sekolah-sekolah berdekatan juga hadir memeriahkan program sukan daripada peringkat akar umbi.

Klinik STL Terengganu terima sambutan positif dari pelajar Sekolah Sukan Malaysia Terengganu!???#STLSedekad #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/fCPQjhVoIk

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Klinik STL menjadi platform terbaik dalam membantu barisan belia untuk mencari dan menceburi minat serta bakat mereka dalam bidang sukan.
Kehadiran alumni SSMT yang juga merupakan pemain Terengganu Turtles, Alif mursyid dan Khairul Aman, memberi impak positif kepada 42 pelajar dari sekolah sukan selain suntikan motivasi untuk terus berjaya dalam bidang sukan masing-masing.
#Sepak Takraw #Klinik STL