Skip to main content

Sepak Takraw

Klinik CelcomDigi STL Johor: Tharanitaran angkat semangat perpaduan kaum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

m-tharanitaran.jpg
Klinik CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Johor hari ini berlangsung meriah di Arena Larkin, Johor Bahru, menerusi penyertaan seramai 150 orang daripada pelbagai latar belakang. 

Dan 10 peserta terbaik dipilih untuk menyertai Akademi Sepak Takraw Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.


"Semua pihak telah memberikan untuk menjayakan visi persatuan, KBS (Kementerian Belia dan Sukan) ini," katanya 

Klinik kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta istimewa, M. Tharanitaran. 

Baginya takraw bukan sekadar sukan malah medium untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.




Dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta seperti Tharanitaran, Klinik CelcomDigi STL bukan sahaja menjadi medan asah bakat, malah menjadi platform memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

"Saya nak ada bangsa melayu, cina dan india agar nampak kita sebagai bangsa Malaysia," katanya. 

Klinik CelcomDigi STL seterusnya bakal berlangsung di Stadium Indera Mulia, Perak, pada 16 Ogos ini.
 

Advertisement

Must Watch Video