WTA

Klasik Birmingham: Halep tamat kemarau kemenangan di gelanggang rumput

Muzaffar Musa 14/06/2022 | 04:56 MYT
Simona Halep memenangi perlawanan pertama di gelanggang rumput sejak kali terakhir melakukannya pada 2019 apabila menewaskan Lesia Tsurenko untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Klasik Birmingham awal pagi tadi.
Kali terakhir Halep memenangi perlawanan di gelanggang rumput adalah ketika menewaskan Serena Williams 6-2, 6-2 dalam final Kejohanan Wimbledon pada 2019.
Biarpun kejayaan awal pagi tadi tidak terlalu penting seperti yang terakhir dilakukannya, kemenangan 6-1, 6-4 dalam pusingan pertama itu merupakan satu langkah positif bagi mempersiapkannya untuk kembali ke SW19 hujung bulan ini.
Selepas menyelamatkan tiga mata break dalam game pertama, bekas pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan daripada Ukraine berkenaan.
Diletakkan sebagai pemain pilihan kedua kejohanan itu, Halep seterusnya akan berdepan wakil tuan rumah, Harriet Dart, dalam perlawanan kedua selepas pemain Britain berkenaan menewaskan Camila Osorio 6-2, 6-0 dalam satu lagi perlawanan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Simona Halep #WTA #Tenis #Tenis Klasik Birmingham
;