Skip to main content

Tenis

Klasik Birmingham: Halep mudah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simona-halep.jpg
Simona Halep mudah melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Klasik Birmingham dengan menewaskan Harriet Dart awal pagi tadi.

Sandaran tuan rumah, Dart, berusaha untuk layak ke suku akhir buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Dona Vekic dan Camila Giorgi di Nottingham minggu lalu.

Bagaimanapun, Halep membuktikan betapa terdapat ruang besar di antara kedua-dua pemain dalam aksi pusingan 16 kali ini apabila mudah mencatatkan kemenangan 6-3, 6-2 sebagai persiapannya untuk kembali memburu gelaran di Kejohanan Wimbledon bermula hujung bulan ini -- yang kali terakhir dimenanginya pada 2019.

Pemain pilihan kedua itu seterusnya akan berdepan seorang lagi pemain Britain, Katie Boutler, yang menewaskan Caroline Garcia dalam satu lagi perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video