Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, bertekad untuk merampas semula gelaran juara dalam KL Tower Run International Challenge 2025 hujung bulan ini.
Rasa kecewa masih terbuku di hati Wai Ching atas kegagalannya dalam edisi lalu dan atas dasar mahu mengembalikan maruah negara, dia berjanji akan menyelesaikan cabaran itu dalam tempoh kurang 8 minit.
Ia sebuah janji yang berat untuk direalisasikan dengan cabaran yang menanti Wai Ching melibatkan penyertaan 1500 peserta, yang masing masing mempunya misi menakluk 1608 anak tangga Menara Kuala Lumpur setinggi 292 meter.
"Tahun lepas misi saya gagal dan dapat nombor dua tetapi sudah pasti sasaran tahun ini amat jelas, saya perlu pastikan saya memecah rekod dengan sasaran bawah 8 minit," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.