Skip to main content

Sukan Lain

KL Sports City terapkan elemen Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bukitjalil-100517-2.jpg
Stadium Nasional Bukit Jalil kini diberi nafas baru selepas kerja menaik taraf sudah 95 peratus siap menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan dengan lebih banyak ciri-ciri Malaysia diterapkan dalam rekaannya.

Syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selaku kontraktor utama kerja pengubahsuaian KL Sports City, turut mengambil khidmat perunding berpengalaman di peringkat antarabangsa, Populous.

Populous sebelum ini turut terlibat dengan pengubahsuaian stadium terkemuka dunia seperti di Incheon, Korea Selatan, dalam Sukan Asia 2014 serta Stadium Wembley sebelum Sukan Olimpik London 2012.

Bagi Pengarah Urusan Populous Asia Pasifik, Paul Henry, pengubahsuaian stadium nasional dan juga prasarana keseluruhan di KL Sports City menerapkan ciri-ciri Malaysia.

"Kami mendapat inspirasi daripada Harimau Malaya serta mengambil kira aspek-aspek yang berlaku di sekeliling stadium itu sendiri untuk mereka membentuk sebuah stadium yang dinamik.

"Ia menjadikan suasananya hidup. Ini bukan sebuah stadium yang statik tetapi menampilkan perubahan warna dan bentuk," katanya.

Selain itu, Pengarah Projek Bukit Jalil MRCB, S Nalgunalingam, memberi jaminan bahawa KL Sports City tidak akan menjadi projek gajah putih selepas temasya Sukan SEA nanti.

"Pembangunan ini tidak akan hanya berhenti di sini.

"Selepas Sukan SEA, kami akan meneruskan fasa kedua membina bangunan di sekitar KL Sports City.

"Fasa ketiga pula melibatkan sektor hartanah yang akan melengkapkan keseluruhan KL Sports City," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video