Kita tidak boleh bina satu pasukan segalanya bergantung kepada pihak pengurusan - jurulatih Maybank
Zaki Zainal
November 26, 2024 20:18 MYT
November 26, 2024 20:18 MYT
Pertindihan kejohanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan memasuki episod baru apabila salah satu pasukan gergasi LHM, Maybank belum pasti akan pembabitan mereka di edisi tahun depan.
Ini kerana, lapan pemain utama Maybank berada dalam skuad hoki dalam dewan negara yang kini dalam persiapan ke Piala Dunia di Porec, Croatia.
Memetik gesaan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal yang mengarahkan kelab Liga Hoki di Malaysia melepaskan pemain untuk menyertai skuad hoki dalam dewan negara.
Senario itu menyaksikan, Maybank muncul pasukan paling terkesan dengan arahan yang dikeluarkan KHM itu.
Paling merunsingkan, Maybank yang tidak dapat menurunkan skuad yang ampuh untuk cabaran kejuaraan liga.
Persoalan utama, mampukah Maybank bentuk pasukan baru???
"Pastinya perkara itu akan beri kesan kepada semua pemain,rata-rata pemain yang akan bermain di sana itu nanti adalah pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama kita pada tahun lepas.
"Selepas kita tahu semalam punya pengumuman dan kita akan melihat semula perkembangannya macam mana.
"Kalau kita tengok dari hoki dalam dewan kita ada dalam lapan pemain, di dalam hoki padang kita ada enam pemain, jumlah keseluruhan adalah 14 dan baki adalah tujuh pemain.
"Tujuh pemain itu adalah bekas-bekas pemain seperti Razie Rahim, Amirullah, Asyraf Ishak, Aidil.
"Buat masa ini kita tidak boleh bina satu pasukan namun segalanya tertakluk kepada perbinvangan bersama dengan pihak pengurusan.