Skip to main content

Sukan Lain

Kita mula sama-sama, kita habis sama-sama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

desa.jpg
Peserta maraton Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) mengalami kecederaan sejurus sebelum menamatkan larian dalam acara merentas desa di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam larian itu, dipercayai atlet dari MSS Melaka M349 diserang kekejangan sebelum dibantu oleh atlet Pendidikan Khas WP Labuan yang juga peserta larian acara itu.
 
@naila.qismiyya terbaik labuan, penamat bukanlah segalanya. Labuan membantu melaka ke garisan penamat. Merentas desa MSSM Putrajaya 2024 #budaksukan #merentasdesa #mssm #fyppppppppppppppppppppppp ♬ drunk text by henry moodie - ourfeelings?

Tindakan yang dilakukan atlet berbaju kuning itu menarik perhatian ramai dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam memberi bantuan untuk memapah melintasi ke garisan penamat bersama.

Pujian itu harus diberikan kerana melahirkan sifat mulia untuk menghabiskan larian itu bersama-sama walaupun tidak memenanginya.

Advertisement

Must Watch Video