Skip to main content

Bola Keranjang

‘King James’ kembali dengan double-double selepas terlepas 14 perlawanan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lebron.jpg
Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James lakukan kebangkitan yang cukup manis hari ini. Selepas terlepas 14 perlawanan pertama musim ini akibat masalah sciatica, The King lakukan debut dengan prestasi yang tidak mengecewakan untuk mencatat double-double — 11 mata dan 12 assist dalam membantu Lakers menewaskan Utah Jazz 140-126. 

Masalah saraf yang dialaminya awal musim memang membuatkan ramai risau, tapi LeBron kembali seperti dia tidak pernah meninggalkan pasukan, tenang, tetap berjaya mempersembahkan aksi yang memukau.

Dia bukanlah penjaring terbanyak, tetapi kawalan permainan yang ditunjukkan dari segi tempo, vision dan assist yang dilakukan cukup menunjukkan yang dia masih berada di kelas tersendiri. 

Memasuki musim ke 23 dalam karier, ia merupakan satu rekod dalam sejarah NBA untuk menjadi pemain pertama yang bertahan dalam umurnya kini 40 tahun. Untuk Lakers, kehadiran LeBron semula dalam pasukan akan berikan lebih kestabilan, suntikan tenaga dan keyakinan.

Dengan beberapa pemian muda sedang mengambil alih peranan besar, pengalaman dan kepimpinan yang dibawa The King amatlah diperlukan. Rakan sepasukannya di Lakers sentiasa memandang tinggi terhadap cara dan disiplin yang ditonjolkan LeBron yang merupakan legenda NBA yang masih lagi beraksi!
 

Advertisement

Must Watch Video