SUKAN LAIN
Kimberly Bong sasar kembali beraksi dalam acara 10m platform
Penerjun negara, Kimberly Bong, sedia kembali ke acara kegemaran bagi tempoh empat tahun dari sekarang demi slot Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Kimberly terpaksa akur beraksi dalam saingan papan anjal yang bukan acara kegemarannya ekoran kecederaan menafikan kelibatnya dalam saingan 10 meter platform di beberapa kejohanan.
Tiada acara dalam kategori 1 dan 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris, Kimberly sasar penampilan lebih besedia di Sukan Olimpik 2028.
Ketika majoriti penerjun negara mengambil kesempatan lakar pecutan akhir di saingan Kejohanan Dunia di Doha Febuari depan bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, Kimberly pula sebaliknya.
Di Doha nanti Kimberly hanya beraksi dalam saingan 1 meter papan anjal di mana dalam saingan Sukan Olimpik nanti menghantar 10 meter platform dan 3 meter papan anjal individu sahaja yang dipertandingkan.
Kelangsungan di pentas Sukan Olimpik 2028, Kimberly nekad untuk kembali ke acara kegemarannya 10m platform selain bersedia sepenuhnya muncul pengganti kepada penerjun senior yang ada ketika ini.
"Saya meletakkan sasaran untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2028. Saya akan terus mengekalkan rentak konsisten dan mahu bersedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan barisan penerjun senior selepas ini," kata Kimberly menerusi Nadi Weekend.
Kimberly menamatkan saingan 3m papan anjal Terbuka Malaysia di kedudukan pertama dengan catatan 219 mata.