Skip to main content

Sukan Lain

'Kilat Boy' sasar tali pinggang seterusnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kilat.jpg
Tambahan tali pinggang WBC Asia Continental Super Bantamweight dalam koleksi masih belum cukup buat petinju profesional negara, Daeloniel 'Kilat Boy' McDelon, yang menewaskan Natthawat Aiemsuebnum dalam Twins Championship 102 menerusi keputusan knockout (KO).

Bagi Kilat Boy sendiri, sasarannya selepas ini terarah sepenuhnya kepada memburu tali pinggang WBC Asia Gold pada tahun hadapan.

"Perlawanan akhir sebelum ini adalah di GIBC pada Februari lepas.

"Saya berehat agak lama sebelum perlawanan ini, namun prestasi dalam gelanggang agak baik.

"Untuk mendapatkan gelaran ini, banyak persiapan yang dilalui daripada segi kewangan dan penajaan.

"Mungkin kemenangan ini dilihat mudah, tetapi bagi kami bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan bersama dengan pasukan.

"Dengan momentum ini, saya dan pasukan ketika ini mensasarkan emas bagi Kejohanan WBC Asia Gold akan datang.

Advertisement

Must Watch Video