SUKAN OLIMPIK

Kidslympic: Sukan kanak-kanak seawal usia enam tahun

Najmi Iman 04/12/2024 | 12:19 MYT
Buat julung kalinya, Kejohanan Kidslympic bakal diadakan bagi mencungkil bakat anak-anak seawal usia enam tahun menerusi beberapa jenis sukan.
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur akan menjadi venue bersejarag buat penganjuran tersebut yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.
"Gimnastik, taekwondo, pentatlon, bola keranjang, bola sof, olahraga dan bola tampar. Sukan ini bertujuan memupuk bakat, menggalakkan aktiviti fizikal dan menyemai nilai-nilai kecemerlangan dengan cara yang mengembirakan," kata Pengarah Akademi Olimpik Negara, Nicholas Chan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Olimpian negara merangkap duta bagi kejohanan itu, Goh Liu Ying, berpendapat bahawa ini merupakan inisiatif terbaik untuk menggalakkan para ibu bapa mengembangkan potensi anak-anak melalui bidang sukan.
#Kidslympic
;