SUKAN-LAIN

Kidslympic: Permulaan kepada gilap potensi atlet muda sebelum MSSM

Najmi Iman 27/12/2024 | 12:49 MYT
Buat julung kalinya, Kejohanan Kidslympic bakal diadakan bagi mencungkil bakat anak-anak seawal usia enam tahun menerusi beberapa jenis sukan di mana Stadium Merdeka, Kuala Lumpur akan menjadi venue bersejarah buat penganjuran tersebut yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Pertandingan tersebut bertujuan memberi pendedahan sukan berprestij termasuk membentuk pembangunan bagi mencari bakat baru atlet muda seterusnya digilap sebagai prospek terbaru negara.
"Meminati sukan atau tidak, mereka boleh mencuba terlebih dahulu kekuatan untuk dijadikan sebagai kayu pengukur pada masa depan," kata duta Kidslympic, Goh Liu Ying.
Salah seorang peserta Kidslympic, Chin Hui Ling, bakal mencuri tumpuan kejohanan tersebut ekoran meminati gimnastik dan mahu melebarkan bakatnya menerusi pendedahan yang diberikan.
"Saya mahu menjadi seperti Farah Ann," ujarnya ketika segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
Menurut Olimpian negara itu, ini merupakan peluang terbaik bagi sesetengah persatuan ataupun jurulatih untuk menyaksikan potensi bakat muda diketengahkan sebelum kejohanan lapisan sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan ke peringkat lebih tinggi.
#Kidslympic
;