Penganjuran siri larian Kidslympic Malaysia 2025 memasuki persinggahan keempat, kali ini di Gamuda Gardens, Selangor.
Selepas kejayaan penganjuran tiga siri pertama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, acara ini terbukti bukan sekadar kejohanan larian, bahkan medan penyatuan jiwa keluarga sihat.
Siri keempat di Gamuda Gardens Waterfront Village menyaksikan sokongan luar biasa direkodkan dengan 800 peserta menggambil bahagian.
Peningkatan terbesar dapat disaksikan daripada segi penyertaan peserta kanak-kanak, di mana 350 peserta mengambil bahagian.
Pengasas Bersama Kidslympic Malaysia, Wong Kang Woon, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Acara Grand Finale selepas ini akan berlangsung pada 10, 11 dan 12 di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.
"Sasaran kami ialah 2,000 hingga 3,000 kanak-kanak akan menggegarkan Stadium Merdeka.
"Kami amat berpuas hati kerana selepas melibatkan empat negeri, ia akan diadakan di lebih banyak negeri tahun depan."
Dapatkan Sekarang

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang