Kidslympic Malaysia 2025 menutup tirai dengan jayanya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, dengan penyertaan lebih 3000 peserta terdiri daripada keluarga, ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh negara.
Sepanjang siri jelajah di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur bermula Ogos lalu, ribuan peserta telah menyertai larian sejauh 2.4 kilometer bersama ibu bapa mereka, menjadikan Kidslympic sebagai medium pembangunan sukan akar umbi yang semakin berkembang.
Sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan geran padanan sukan bernilai RM60,000, malah penganjuran kali ini turut mendapat pengiktirafan rasmi dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, sukan dan kokurikulum sekolah (PAJSK).
"Kami sudah pun mendapat pelawaan daripada tiga negeri untuk Larian Kidslympic, jadi larian ini berkemungkinan akan bertambah berbanding empat pada tahun ini.
"Kami juga akan menambah acara sukan yang dipertandingkan," kata Pengasas Bersama Kidslympic Malaysia, Wong Kang Woon.
"Kami akan teruskan kerjasama dengan KPM, mereka adalah pelapis dan KBS sentiasa menyokong (usaha ini)," kata Setiausaha Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan, Amir Hamzah Awang Ghazali.
Kerjasama mantap bersama rakan penaja, Affin Bank dan Watsons Malaysia, juga membantu melancarkan penganjuran acara sukan berskala besar ini.
"Kami membantu kanak-kanak mengenai simpanan kewangan, jadi kami perkenalkan program yang boleh membantu belajar mengenainya," kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank Berhad, Joanne Rodrigues.
"Ia mempromosi kehidupan yang sihat selain menggalak kerjasama sepasukan antara mereka," kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.
Bermula Jumaat lalu, grand finale selama tiga hari ini dipenuhi warna-warni dan ia bukan sekadar pesta sukan tetapi platform untuk menyatukan semangat kekeluargaan serta memangkin budaya aktif bersukan sejak kecil.
Grand finale Kidslympic kali ini lebih bermakna kerana ia juga berlangsung sempena Hari Sukan Negara (HSN) dan penganjuran pada tahun depan dijangka lebih meriah dengan penambahan beberapa acara sukan lain serta penyertaan beberapa lokasi yang baru.
Tunggu Apa Lagi

Sedap, Bertenaga, Milo!
Milo penuh kebaikan malt, susu & koko — sedap diminum, beri tenaga bila-bila masa.
Tunggu Apa Lagi