SUKAN SEA

Kickboxing: Mohammed optimis peluang beralih acara

Stadium Astro
Penulis Jemputan
11/09/2019
05:09 MYT
Sponsor Banner
Kickboxing: Mohammed optimis peluang beralih acara
Atlet negara, Mohammed Mahmoud, tenang dengan tanggungjawab menerusi acara kickboxing walaupun secara secara dasarnya, dia bermula dengan muay thai.
Walaupun menjalani latihan keseluruhan menerusi corak muay thai dan berada di bawah kendalian jurulatih muay thai, haluan Mohammed berbeza sebaik tiba di Filipina nanti.
Dia dipertanggungjawabkan untuk mengisi acara kickboxing bagi kategori 63.5 kilogram dengan sasaran pingat emas.
"Tidak kira muay thai atau kick boxing, saya hanya mempersiapkan diri. Sebenarnya, lebih baik ditukar ke kick boxing kerana dalam saingan muay thai, ramai atlet hebat. Dalam kickboxing, peluang dilihat seimbang, jadi ada harapan untuk membawa pulang pingat jika benar-benar melalui sesi latihan yang sempurna," katanya.
Walaupun terkejut dengan keputusan itu pada awalnya, dia tidak anggap ia sesuatu yang sukar, malah dia sendiri memiliki pengalaman dalam kejohanan One Championship yang lebih dikenali menerusi nama jolokan Jordan Boy.
"Mula-mula memang terkejut. Namun, apabila diterangkan mengenai konsep di mana ia bukan sekadar penggunaan tendangan rendah tetapi keseluruhan, saya lihat tiada masalah."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video