SUKAN LAIN
Khawari wakili negara di peringkat dunia
Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa, mengharumkan nama Malaysia selepas terpilih menduduki jawatankuasa eksekutif, Persatuan Penulis Sukan Antarabangsa (AIPS) bagi penggal 2017-2021.
Dalam pemilihan yang berlangsung di Korea Selatan hari ini, Ahmad Khawari yang juga merupakan Naib Presiden AIPS Asia berjaya menduduki salah satu daripada 13 kerusi exco yang dipertandingkan setelah mendapat undian kesembilan tertinggi daripada 28 yang bertanding.
"Ini adalah satu penghormatan untuk bidang kewartawanan sukan Malaysia. Ia membuktikan Malaysia mampu memberi sumbangan di peringkat tertinggi dunia.
Iklan
"Insya-Allah, pemilihan ini mampu meningkatkan lagi tahap kewartawanan sukan negara menerusi hubungan dan juga kerjasama yang mampu disalurkan oleh badan dunia," jelas Khawari.
Must-Watch Video