Skip to main content

Sukan Lain

Khairul tekad kembalikan maruah skuad pecut negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

18717khairulhafizjantan.jpg
Khairul Hafiz Jantan berdepan tugas penting untuk mengembalikan maruah skuad pecut negara apabila turun dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Khairul Hafiz menggalas harapan besar selepas pelari Maldives, Hassan Saaid, menjuarai 100m dan memecahkan dominasi Malaysia dalam acara itu sejak dua tahun lalu.

Pelari kelahiran Melaka itu memilih menyertai 200m dan 4x100m selepas tempatnya dalam Sukan SEA bulan depan sudah terjamin bagi 100m.

Prestasinya tidak begitu menyerlah dalam 200m tetapi memiliki peluang baik untuk mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

"Dalam Sukan SEA, saya akan beraksi dalam acara 200m dan Insya-Allah saya akan sasarkan dua pingat emas untuk 200m dan 4x100. Saya akan buat yang terbaik," katanya.

Lebih menarik, Khairul Hafiz akan dicabar Hassan dan seorang lagi pelari negara, Jonathan Nyepa.

Mengulas mengenai peluang memecahkan rekod kebangsaan milik Tan Sri Dr M. Jegathesan, 20.92 saat yang dilakukan 49 tahun lalu, ini komen Khairul Hafiz:

"Saya akan cuba yang terbaik sebab apa sahaja boleh berlaku. Kalau dapat pecahkan rekod atau lakukan catatan terbaik, saya beryukur."

Advertisement

Must Watch Video