Skip to main content

Sukan Lain

Khabib Nurmagomedov ada potensi muncul juara Squid Game?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khabib-nur.jpg
Penyokong Khabib Nurmagomedov berasakan bekas jaguh UFC itu mempunyai potensi besar untuk memenangi permainan yang dimainkan dalam siri Squid Games yang tular baru-baru ini sekiranya dia bermain permainan itu. 

Dalam satu video menyaksikan Khabib sedang menimbang dan dapat melakukan timbangan beberapa kali secara berturut-turut. 

Permainan tradisional Korea itu dikenali sebagai Jegi Chagi yang menyerupai seperti permainan timbang bulu tangkis dan dimainkan dalams sebuah siri drama di media penstriman, Netflix.

Jegi Chagi merupakan antara tujuh perminan dalam siri drama itu selain Ddakji, lampu merah lampu hijau, Gonggi, Biseokchigi,Paengi chigi, Mingle.



 
@crafty6358 #khabib_nurmagomedov #squidgame #netflixseries #viral_video #memestiktok #ufc ♬ original sound - UFC Crafts



Untuk rekod, juara UFC berusia 36 tahun itu bakal membuka sebuah cawangan 'Khabib Gym' di Johor yang bakal mempunyai fasiliti bertaraf dunia dalam sukan mempertahankan diri seperti seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling. 

Advertisement

Must Watch Video