Khabib Nurmagomedov tidak bertempur sejak tahun 2020, dengan legenda UFC menegaskan dia tidak akan kembali ke Octagon walaupun video terhasil menerusi kecerdasan buatan (AI) baru -baru ini menunjukkan dia 'mengumumkan' kemunculannya semula.
Nurmagomedov, bekas juara kategori lightweight, bersara dari MMA selepas menewaskan Justin Gaethje pada tahun 2020.
Sejak itu, peminat mahu menyaksikan semula Khabib membuat pulangan sensasi ke Octagon. Ia merupakan janji petinju MMA kelahiran Dagestan itu berjanji kepada ibunya lima tahun yang lalu bahawa dia tidak akan bertarung lagi -- Ikrar itu dibuat sejurus selepas kematian bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.
Tahun lalu, Khabib mengulangi bahawa 'tidak ada peluang' untuk dia kembali ke gelanggang.
Bagaimanapun, tular di media sosial apabila satu video yang dijana menggunakan AI telah dimuat naik, yang menampilkan Khabib menyatakan mahu kembali ke Octagon.
Video itu memaparkan Khabib bakal kembali ke UFC mahu menentang juara Merab Dvalishvili, disertai dengan kapsyen: "Khabib akan kembali ke UFC dan bertemu Merab!"
Bagaimanapun, cukup jelas menunjukkan ia sekadar rakaman lama telah digunakan dengan meniru suara Nurmagomedov.
Nurmagomedov kini melatih barisan petarung MMA di Dagestan.
Sudah pasti bahawa dia tidak akan membuat kemunculan semula ke gelanggang.