Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2017 menjadi lebih menarik selepas Madison Keys memastikan kesemua wakil Amerika layak ke separuh akhir apabila menewaskan wakil Estonia, Kaia Kanepi, menerusi straight set 6-3, 6-3.
Sebelum itu, Coco Vandeweghe mengejutkan pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova, untuk mengikut jejak langkah Venus Williams dan Sloane Stephens menyertai kelompok empat terakhir.
Senario itu menyaksikan kali pertama kesemua wakil Amerika Syarikat berada dalam separuh akhir selepas ia kali terakhir berlaku pada 1981.
"Ia akan hebat," kata Keys.
Kanepi bermula dengan kemas tetapi berbekalkan sokongan padu penyokong di laman sendiri, Keys akhirnya berjaya mendahului 3-1.
Kanepi cuba untuk bangkit, namun dia gagal mematahkan servis padu Keys, sekaligus memberikan ruang buat pemain berusia 22 tahun itu melangkah ke separuh akhir.
Venus akan menentang Sloane manakala Vandeweghe akan menentang Keys dalam separuh akhir.