Skip to main content

Sukan Lain

Ketepikan sakit demi fokus kekal nombor satu dunia -- Nor Farah Ain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farahain.jpg
Status atlet boling padang nombor satu dunia harus dipertahankan buat ratu sukan tersebut, Nor Farah Ain Abdullah, pada masa akan datang.

Selepas pengumuman yang membanggakan itu, Farah Ain tetap menumpukan fokus mengekalkan pingat emas yang dimenanginya sebelum ini dalam acara individu wanita Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia.

Kali ini, dia akan berentap dalam pertandingan berprestij itu di Aberdeen, Scotland yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 April ini. 

 

Ketika berjaya naik ke ranking nombor satu dunia, Farah Ain membuktikan bahawa penyakit kemurungan dan serangan panik yang dihidapi sebelum ini bukanlah penghalang untuk terus mendominasi sukan itu. 

"Persediaan haruslah dari sekarang.

"Saya menjadi lebih bersedia tatkala sedang berlatih di padang dan gimnasium untuk menghadapi kejohanan akan datang.

"Saya perlu mengekalkan posisi itu bermula sekarang. Berapa lama bertahan, saya tidak pasti.




"Berdasarkan perlawanan, saya mesti mengumpul mata untuk melonjak naik di nombor satu.

"Apa yang saya hadapi, penat lelah tidak menghalang saya kerana sukan adalah sukan.

"Saya akan mengetepikan segala masalah untuk memberi fokus sepenuhnya kepada sukan saya.

"Saya akan mencari ibu bapa dan rakan-rakan untuk meluah sekiranya berlaku apa-apa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari. 

Advertisement

Must Watch Video