Skip to main content

Sukan Lain

Kes penipuan sukan: Jika ada sila lapor polis -- Timbalan Menteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-adli.jpg
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, menggesa setiap mangsa yang tertipu dengan penganjuran acara sukan yang tidak wujud untuk segera membuat laporan polis.

Ketika ini, pihak polis difahamkan telah menerima enam laporan berhubung kes penipuan penganjuran satu kejohanan bola sepak di Ipoh pada Sabtu lalu.

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kes penipuan pakej latihan badminton menggunakan pelbagai nama akademi.

"Penganjurnya tiada ketika pemain semua sudah datang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jadi, ia nampaknya memang bagus dilaporkan (ke pihak polis) dan kami meminta kepada semua yang terlibat membuat laporan.

"Kami sudah pun membincangkan isu ini secara dalaman supaya pihak-pihak seperti PJS (Pesuruhjaya Sukan) dan sebagainya dapat melakukan siasatan.

"Dan sekiranya ia ada melibatkan mana-mana persatuan sukan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, atau melibatkan mana-mana pihak yang ada berhubung kait dengan kementerian, kami minta tindakan yang tegas akan diambil," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video