Skip to main content

Sukan

Kes Faisal Halim, pukul penyanyi 'skinhead', semua kaitkan saya -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
'Entah bagaimana, semua perkara yang berlaku mesti dikaitkan dengan saya. Menarik bukan?'

Semalam, Stadium Astro melaporkan berita Pemangku Sultan Johor, Tunku  Ismail Sultan Ibrahim, yang merupakan pencetus revolusi Harimau Malaya, berasakan ada pihak tertentu cuba menjatuhkan usahanya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: "Kalau kita lihat sepanjang dua bulan terakhir ini, memang jelas ada gerakan yang tidak mahu lihat benda ini berjaya.

Pelbagai kritikan dilemparkan termasuk cuba untuk mengeruhkan keadaan seperti mengaitkan sesuatu isu besar kepada pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tanpa henti. 

Baginda memuat naik satu hantaran di Instagramnya menjelaskan senario yang berlaku tetap berbalik kepada dirinya, sambil memberi teguran khas terhadap sesuatu perkara. 

 


Sememangnya pengaruh seseorang merupakan faktor penting kepada sebuah perubahan, namun tidak wajar untuk menyalahkan ia dengan menganggap itu sebagai punca kepada semua permasalahan. 

"Jika benar mengganggu anda ialah pengaruh yang besar, maka saya mempunyai berita malang. 

"Pengaruh tidak boleh dibawa ke mana-mana. Sama ada dalam bola sepak atau sebaliknya. 

"Ia adalah sebahagian daripada ekosistem," kata Baginda. 

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu turut menekankan kepentingannya sebagai seorang yang bertanggungjawab dengan membalas tuduhan tidak berasas terhadap beberapa isu. 

"Ada serangan berkenaan seorang vokalis kumpulan muzik tempatan. 

"Sesetengah manusia cuba melibatkan saya. 

"Dan tentunya kejadian simbahan asid yang berlaku kepada Faisal Halim.

"Sangat jelas bahawa saya tidak melakukan tindakan pengecut seperti itu," jelasnya. 

Advertisement

Must Watch Video