Tular di media sosial, kereta berjenama Mercedes Benz AMG GTR yang berharga RM1.7 juta didapati terlibat dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang akibat masalah brek.
Kereta berkelajuan tinggi itu didapati dipandu oleh pelumba berpengalaman, Roy Tang dan pemilik kereta itu sendiri yang dikenali sebagai Azman Nor.
Untuk rekod, Roy Tang mempunyai rekod berlumba di dalam kejohanan seperti Motul 12 Hours GT3 Endurance Race dan juga TCR Macau Grand Prix.
Kenderaan itu didapati dipandu selaju 229 km/j sebelum terbabas ke benteng litar dengan kelajuan 180km/j akibat masalah sistem brek kereta tersebut.
Walaubagaimanpun, kedua-dua individu yang berada di dalam kereta itu didapati selamat. Pemandu tersebut walaubagaimanapun mengalami kecederaan tulang belakang dan dibawa ke hospital.
Bentang litar itu sewajarnya dibaiki segera oleh kerana beberapa kejohanan yang bakal berlangsung di venue itu seperti Super GT Malaysia 2025 yang dijadualkan berlaku pada 26 - 28 Jun.