Pemain tenis Jerman, Angelique Kerber, tidak mahu terlalu tertekan dalam usaha untuk meraih kejuaraan menjelang aksi Kejohanan Wimbledon 2017 (SW17) yang akan bermula esok.
Kerber tewas di tangan pemain ke-47 dunia, Ekaterina Makarova, dalam pusingan pertama Terbuka Perancis, Mei lalu, sekaligus menamatkan kempen dengan nota kekalahan.
Cabaran Kerber dalam Kejohanan Antarabangsa Aegon juga sekadar di peringkat suku akhir selepas tewas di tangan pemain berusia 26 tahun, Johanna Konta, 6-3, 6-4, Khamis lalu.
Pemenang dua kali grand slam itu masih belum meraih sebarang kejuaraan pada tahun ini, namun dia tidak mahu perkara tersebut meletakkan dirinya dalam situasi tertekan apabila bertemu pemain Amerika Syarikat, Irina Falconi, dalam aksi pertama SW17.
“Saya tidak akan meletakkan diri saya terlalu tinggi,” kata Kerber.
“Ia sesuatu yang hebat apabila dapat kembali (ke Wimbledon) dan saya berasa bagus.
“Saya mengharungi beberapa perlawanan pada minggu lalu di Eastbourne dan apa yang penting, saya cergas untuk beraksi,” tambahnya.