Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan kelulusan peruntukan nagi penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia agar ia dapat direalisasikan pada hujung tahun ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2025 di Dataran Merdeka semalam.
"Tentunya bola sepak itu adalah kuat di Malaysia, kita berjaya tewaskan Vietnam baru-baru ini tetapi sepak takraw sudah catat prestasi yang membanggakan di peringkat rantau dan dunia, menarik minat semua di bandar dan desa.
"Jadi Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) ada bisik dan tekankan kepada saya sokong pasukan dan (penubuhan) Akademi Sepak Takraw Malaysia, saya setuju saranan itu, kita akan segerakan," katanya.
Mengulas mengenai penubuhan Akademi Sepak Takraw Malaysia, Anwar berkata, Hannah telah memohon peruntukan berjumlah RM6 juta bagi tujuan berkenaan.
"Kita boleh beri (peruntukan) itu kerana kita cermat berbelanja, jaga tatakelola, tidak rasuah tidak ambil wang rakyat," tambahnya.