Skip to main content

Sukan Lain

Keputusan positif ACC 2025 beri sinar harapan buat kem berbasikal trek negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acc.jpg
Jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri, berbangga dengan pencapaian luar biasa Olimpian negara, Nurul Izzah Izzati, yang disifatkan sebagai kayu pengukur untuk memecahkan lebih banyak rekod dalam acara satu kilometer (km) ujian masa wanita elit pada masa hadapan.

Jelasnya, ini merupakan indikasi terbaik bagi atlet berusia 21 tahun itu untuk mengetuai acara tersebut termasuk  keirin wanita elit menjelang Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun hadapan.

Sementara itu, Harinizam turut memuji karakter yang dibawa Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang miliki ketenangan dan kekuatan semangat yang tinggi meskipun beraksi dalam kecederaan.

Menurutnya, bagi kem lelaki, pelumba kelahiran Terengganu itu masih lagi menjadi harapan dan tonggak bagi merangkul lebih banyak pingat dalam acara keirin dan pecut pada masa akan datang.

"Ini adalah tugasan pertama selaku ketua jurulatih, jadi saya sangat berpuas hati dengan peningkatan pelumba.




"Izzah pula meletakkan sasaran baru. Ia adalah perkara positif menuju peringkat yang lebih tinggi," katanya di Nadi Arena.

Satu nama yang turut menggegar Velodrom Nilai, Negeri Sembilan ialah Sawda Hasbullah yang mencipta sensasi dengan meraih dua pingat emas menerusi acara pecut dan 1 km ujian masa.

Lebih manis, pelumba berumur 17 tahun ini melakar rekod baru remaja dunia dengan catatan 1 minit 10.818s acara itu.

Advertisement

Must Watch Video