TERJUN
Kepakaran jurulatih akuatik negara 'laku keras'
Selain sukan badminton dan bola sepak, akuatik tidak ketinggalkan apabila kepakaran bekas atlet negara menjadi rebutan bagi mengisi jawatan barisan kejurulatih di peringkat antarabangsa.
Selepas khidmat pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA, Wendy Ng, yang berkelana sebagai jurulatih pembanggunan bakat akuatik Singapura bagi mempertingkatkan mutu sukan akuatik di negara itu.
Kini, giliran Bryan Nickson Lomas pula membuka lembaran baru di luar negara selepas dia menjelaskan telah menerima sebuah tawaran daripada sebuah negara di Benua Asia sebagai jurulatih.
Sebelum ini, bekas Olimpian negara berusia 35 tahun kelahiran Sarawak itu bertindak sebagai pengarah teknikal skuad terjun kebangsaan selepas bersara daripada kancah akuatik pada 2015.
Untuk rekod, dia menjadi atlet termuda negara layak secara merit ke temasya Sukan Olimpik ketika masih berusia 14 tahun.
Perkembangan itu membuktikan kepakaran jurulatih tempatan menjadi tontonan dunia luar dalam kancah akuatik dan semestinya perkembangan itu merupakan aspek positif buat kem akuatik negara.