SUKAN LAIN

Kepakaran ISN bantu lonjak potensi Baseball B5 Malaysia

Shaiful Shamsudin 05/03/2025 | 10:46 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Vellapandian Ponnusamy, skuad berpotensi seperti Baseball B5 Malaysia akan mendapat sokongan daripada pihaknya.
Vellapandian ditemui dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Dan Pelancaran Jersi Rasmi Pasukan Baseball B5 Malaysia 2025 di Gelanggang Futsal Tertutup ISN hari mengulangi pendirian menggunakan kepakarannya sambil menekankan komitmennya untuk meneruskan agenda pemerkasaan ISN, memperkukuhkan sains, perubatan dan teknologi sukan serta pembangunan atlet berprestasi tinggi.
"Buat masa ini Baseball B5 Malaysia merupakan pasukan nombor satu di Asia.
"Mereka berpotensi tinggi dan kami akan sentiasa sokong mereka," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Majlis ini disempurnakan sebagai tanda sokongan penuh kepada pasukan yang bakal membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.
Skuad remaja negara akan mengharungi edisi kedua Piala Asia B5 Remaja di Taipei, Selasa depan, yang menjadi medan kelayakan Piala Dunia 2025.
Setelah sembilan diangkat sebagai CEO, Vellapandian secara tidak langsung menjadi harapan untuk menyumbangkan kepakarannya.
"Keutamaan saya dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sendiri menaruh perhatian untuk memastikan bahawa perkhidmatan sains perubatan kepada atlet elit Malaysia yang berada dalam program," katanya.
#Baseball #Program Podium #ISN