TERJUN
Kena relaks sedikit -- Penerjun muda terlepas peluang ke Sukan SEA Thailand
Penerjun Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie, tidak berselindung meluahkan kekecewaannya selepas gagal melepasi penanda aras kutipan mata atlet senior acara satu meter (m) papan anjal individu lelaku dalam Kejohanan Ujian Kebangsaan.
Meskipun mengungguli saingan, Rui Jie memasang impian untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Thailand secara merit, namun kesilapan teknik terjunan pada penghujung saingan meranapkan impiannya itu.
Ini bukan kali pertama Rui Jie gagal beraksi di bawah tekanan tinggi.
Iklan
Senario itu pernah dilalui sebelum ini sehingga terpaksa berpuas hati dengan pingat perak Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak dalam acara sama.
Rui Jie merupakan produk Program Pelapis Kebangsaan sejak tiga tahun lalu dan namanya dicanang meneruskan sensasi Olimpian, Bertrand Rhodict.
Disebalik kejatuhan itu, ada kejayaan kecil diraikannya apabila berhasil menewaskan penerjun senior, Syafiq Puteh.
"Mental kena lebih tenang, sebab diri sendiri terlampau sangat mahu layak ke Sukan SEA.
"Saya banyak berfikir.
"Kejohanan ini sangat penting memandangkan kurang pertandingan supaya dapat menghasilkan pengalaman," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Must-Watch Video