Duo dancesport negara, Ooi Ken Vin dan Zoe Tan, berkongsikan perasaan disebalik kejayaan dinobatkan juara Kejohanan Asia B-21 Ten Dance di pentas Dancesport Terbuka Malaysia di Shah Alam, minggu lalu.
Ken Vin berasakan segala pengorbanannya dan kerja keras terbalas selepas membuktikan mereka cemerlang memikul tanggungjawab dalam merealisasikan sasaran pingat emas.
"Perasan ketika itu sangat sukar untuk luahkan kerana kami banyak berkorban dan melakukan kerja keras yang kami telah lakukan. Momen itu sangat menyentuh hati dan puas hati dengan kejayaan ini.
Dalam pada itu, Ken Vin turut berkongsikan cabaran yang kem tari negara hadapi ketika dalam misi mengharumkan nama negara selain wakil Uzbekistan yang memberikan tentangan sengit kepada mereka.
"Saya rasa cabaran kami adalah tekanan yang kami pendam kerana sasaran kami adalah emas serta harumkan nama negara, kami rasa tekanan untuk beraksi dengan baik.
"Kami tidak mahu hampakan keluarga dan pasukan kami, jadi kami cuba yang terbaik," katanya,
"Kerana kejohanan kami berlangsung pada Sabtu dan terdapat dua kejohanan jadi kami sedikit keletihan tetapi selepas final kami ada waktu untuk berehat.
"Kami cuma lakukan yang terbaik dan memastikan dapat memberikan yang terbaik." tambah Zoe Tan.