Skip to main content

Sukan Lain

Ken Nee puas hati prestasi penerjun negara di Kejohanan Ujian Kebangsaan 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ken-nee.jpg
Pengarah teknikal skuad terjun negara, Yeoh Ken Nee, berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan penerjun negara pada Kejohanan Ujian Kebangsaan 2025 yang memasuki hari terakhir di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Jelasnya, tumpuan terarah kepada saingan pada Kejohanan Dunia di Singapura daripada 11 Julai hingga 3 Ogos.  

Menurutnya, menerusi Sistem Qualification System (MQS), setiap pemenang pada kejohanan ini belum tentu selamat dan terpilih ke Kejohanan Dunia nanti kerana mereka harus melepasi had minimum kelayakan dalam kategori disertainya.

Ia juga membuka peluang lebih adil kepada kesemua peserta untuk memastikan kriteria pemilihan diberikan kepada mereka yang benar benar konsisten dan mencapai meritokrasi ditetapkan.

"Untuk sesi ujian kali ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi mereka, kerana secara keseluruhannya mereka mempamerkan persembahan yang baik.

"Semua pemenang akan berada dalam senarai menunggu, kerana kami perlu mengadakan perbincangan bersama komuniti terlebih dahulu dan semak bersama MQS kerana mereka melihat pada konsistensi." katanya.

Advertisement

Must Watch Video