Skip to main content

Sukan Lain

Kemuncak temasya Kidslympic Malaysia 2025, Grand Finale Larian bakal gegar Merdeka 118

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl.jpg
Temasya Kidslympic Malaysia 2025 dan Grand Finale Larian Kidslympic Malaysia bakal merancakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 yang bakal berlangsung di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan.

Dengan membawa tema 'Dari Taman Permainan ke Podium', semestinya akan menggalakkan aktiviti daripada pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak, ibu bapa, sekolah dan komuniti masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain menjiwai semangat perpaduan dan jiwa sukan Malaysia yang sejati.

Selepas Kuala Lumpur, Johor, Pulang Pinang dan Selangor menyaksikan siri larian itu telah menarik ribuat penyertaan seluruh anggota masyarakat dan Grand Finale di Menara tertinggi dan ikonik negara itu pula akan menghimpunkan lebih daripada 4,000 penyertaan. 

Peserta akan menerima sorakan serta sokongan daripada oleh ibu bapa, guru dan penyokong ketika mereka bertanding dalam kategori seperti Bawah 7 Tahun dan Bawah 12 Tahun, memastikan semua — dari usia 4 hingga 12 tahun, termasuk ibu bapa — turut serta dalam aksi penuh semangat.

Selain acara larian, satu temasya pelbagai disiplin sukan yang merangkumi olahraga, bola sepak, bola keranjang 3x3, bola tampar, gimnastik dan perlumbaan halangan. Platform ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlah, membina keyakinan dan menyemai impian untuk suatu hari nanti mewakili Malaysia di pentas dunia.

?? Inisiatif Nasional & Sorotan Istimewa

- Semangat Hari Sukan Negara – Kidslympic berbangga untuk berganding bahu dengan sambutan sukan terbesar negara, memperkukuh seruan untuk Malaysia yang aktif, sihat dan bersatu.

- Inisiatif PERKESO “Lindung Kasih” – Menekankan perlindungan keluarga untuk suri rumah dan ibu bekerja, memastikan tulang belakang setiap keluarga yang menggalakkan gaya hidup aktif dan bersukan diberi perhatian.

- Sokongan Kementerian – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Karnival Festival Keluarga – Gerai, permainan, persembahan langsung dan aktivasi penaja menjadikan acara ini lebih daripada sekadar sukan — ia adalah pesta untuk seisi keluarga.

- Duta Atlet Kebangsaan – Penampilan inspirasi daripada wira sukan Malaysia untuk membakar semangat anak-anak agar berani bermimpi besar.

- Pelancaran Produk Istimewa – Sorotan eksklusif sempena acara kemuncak.
Kenapa Anda Perlu Sertai

- Kanak-kanak: Rasai debaran pertandingan dan semangat berpasukan dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

- Ibu Bapa & Keluarga: Eratkan hubungan dengan anak-anak melalui aktiviti sukan dan kesihatan.

- Sekolah: Tampilkan bakat sukan pelajar anda di pentas kebangsaan.

- Komuniti: Raikan perpaduan dan gaya hidup sihat selari dengan semangat Hari Sukan Negara.

Daftar sekarang untuk menyertai Temasya Kidslympic Malaysia 2025 dan Grand Finale Larian Kidslympic Malaysia Presint Merdeka 118 di sini.

Advertisement

Must Watch Video