Beberapa pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dilengkapi dengan kemudahan gimnasium untuk memastikan benteng pertahanan negara sentiasa cergas mirip 'Abang Sado'.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan merasmikan kemudahan bernilai RM200,000 hasil kepakaran syarikat tempatan di pangkalan TUDM, Kuantan, Pahang.
Beberapa pangkalan TUDM lain dijangkakan bakal menerima kemudahan sama dalam masa terdekat.
Selain menyihatkan tubuh badan, gimnasium ini membuktikan minat baginda terhadap bidang sukan selepas menerajui beberapa persatuan sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
"Baginda menyuruh agar turut melihat pada empat lagi gymnasium di Malaysia seperti di Jugra, Subang, Alor Setar dan Butterworth.
"Baginda percaya kehidupan yang sihat akan menghantar mesej agar dijaga dengan baik, kami mengikut arahan itu dan melakukan dengan baik." kata Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan Nair.