WTA
Kemenangan kali kedua di laman sendiri buat Camelia Begu
Irina-Camelia Begu berjaya mencatat kemenangan keduanya di hadapan penyokong sendiri selepas menundukkan Jil Teichmann 0-6, 5-7 dalam Kejohanan Terbuka Lasi.
Pemain berusia 34 tahun itu juga merekodkan gelaran keenam dalam kariernya selepas kali pertama pada tahun 2022 dan kemenangan ketiga berturut-turut di gelanggang tanah liat.
Set pertama menyaksikan Begu mendominasi perlawanan selepas membelasah Teichmann 6-0 sebelum dipaksa berhempas-pulas untuk menoktahkan kemenangan straigh set, sekali gus meraih kemenangan kedua di laman sendiri selepas kali pertama pada 2017 di Bucharest.
Iklan
Lebih manis, Kejayaan di Romania menyaksikan dia kembali ke WTA 100 terbaik dengan mendaki sebanyak 28 tangga dalam ranking, meningkat ke-82 dunia untuk mencatat kedudukan terbaiknya sejak April 2025.
Must-Watch Video



