Peluang atlet karate negara, R. Sharmendran, tampak menyinar untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo selepas melakar kemenangan di Azerbaijan menewaskan wakil tuan rumah dalam saingan Terbuka Baku.
Sharmendran konsisten mengharumkan nama negara selepas mengungguli acara karate bawah kumite 75 kilogram menewaskan Ashurov Elnur 2-0 di pentas final kejohanan yang berlangsung dari 5 hingga 8 Mac lalu.
Buat masa ini, atlet berusia 28 tahun itu bersama seorang lagi rakan seperjuangan, Prem Kumar, meneruskan latihan intensif di Latvia selain mendapatkan seteru terbaik sebagai persiapan menghadapi kelayakan Olimpik, Mei depan.
"Sekarang, mereka baru pulang dari Baku dan kini dalam sesi latihan. Jadi, kami sudah menghantar dua atlet, Sharmendran dan Kumar, ke program khas Olimpik. Mereka berpangkalan di Latvia sejak awal bulan lalu dan kini segalanya berjalan lancar," kata pengurus skuad karate negara, Razlan Shah Mohamad Rabii.
Razlan juga menjelaskan, setakat ini Konfederasi Karate Dunia (WKF) belum membuat sebarang ketetapan sama ada membatal atau menangguhkan siri kelayakan Olimpik karate yang dijadualkan berlangsung di Paris.
"Kami tidak menerima sebarang maklumat daripada WKF, jadi akan tunggu sama ada mereka akan tangguhkan kelayakan Olimpik atau tidak."