KRIKET
Kemelut MCA: Tiada khabar berita baru, pemain kekal fokus latihan
Tanpa sedar, sudah 48 jam berlalu melibatkan drama dan teori konspirasi terhadap masalah dalaman yang melanda Persatuan Kriket Malaysia (MCA).
Sengketa yang berlaku dikalangan kepimpinan tertinggi MCA semakin parah sehingga mengakibatkan presiden, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali meletakkan jawatan serta merta bersama naib presiden serta tujuh Exco lain.
Hasil tinjauan selama empat jam oleh Astro Arena di Bayuemas Cricket Oval, Klang mendapati tiada sebarang pergerakan membabitkan individu penting, hari ini.
Iklan
Sebaliknya, rutin latihan pasukan kriket lelaki dan wanita negara terus giat dilakukan.
20 April 2025 merupakan tarikh akhir penamaan calon bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan. Lantikan pengurusan baru akan diumum pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (BGM) MCA, hujung bulan ini.
"Kami sangat profesional. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan dalam sesi latihan.
"Disebabkan cinta kepada sukan kami ingin bermain kriket," kata pemain kebangsaan, Sharvin Muniandy.
"Mereka sentiasa fokus dalam latihan. Kriket adalah permainan yang sangat bagus.
"Saya sangat pasti, setiap perkara baik akan berlaku pada akhirnya," kata pengurus skuad wanita, Vijayalingam Vythilingam.
Must-Watch Video