Penyerang berpengalaman hoki negara, Faizal Saari, akhirnya bersama skuad kebangsaan selepas kelibatnya kembali kelihatan dalam sesi latihan rasmi The Speedy Tigers.
Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraan pada 22 Februari lalu sebelum membuat pusingan U kembali memperkuat skuad kendalian Sarjit Singh, sekali gus menyertai kem kebangsaan menjelang Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025.
Kepulangan tonggak Terengganu itu disahkan selepas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberi lampu hijau untuk dia kembali bersama skuad kebangsaan, membuka lembaran baharu dalam karier panjangnya bersama kem negara.
Namun bagi Faizal, kedatangan semula bukan tiket automatik -- sebaliknya misi utamanya kini adalah untuk menempah nama dalam senarai akhir 18 pemain terbaik yang akan menggalas cabaran negara di Ipoh hujung bulan ini.
"Syukur Alhamdulillah. Petanda baik untuk saya dalam sesi latihan semalam.
"Saya akan mengikuti saranan jurulatih mencari keserasian semula bersama pasukan untuk berada dalam senarai utama.
"Jika tidak terpilih, saya harus berusaha lebih lagi, dan saya mahu nama saya tersenarai," katanya di Nadi Arena.
Selepas sembilan bulan berada di luar radar skuad utama, Faizal mengakui semangatnya untuk kembali menyarung jersi Malaysia tidak pernah luntur dan kini janji harus dikotakan -- dia perlu membuktikan bahawa dirinya masih kekal relevan untuk memperkuat tonggak serangan kem negara.
"Saya akan menunjukkan kesungguhan saya yang saya masih layak berada dalam pasukan.
"Itu yang paling penting.
"Saya ada seminggu untuk membuktikan.
"Selepas sembilan bulan bersara, saya perlu mencari semula tahap kecergasan terbaik. Tahap kemahiran tidak memerlukan masa lama," tambahnya.
Grab Cepat

Kehadiran Faizal Saari dalam sesi latihan skuad The Speedy Tigers sah menjawab persoalan tentang 'comeback' daripada penyerang prolifik hoki negara itu.
— husnae (@husnazainudin_) November 10, 2025
KHM sudah memberi lampu hijau untuk kepulangannya ke pangkuan skuad negara.
More on Nadi Arena, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/z85Vb31vfW
"Saya akan mengikuti saranan jurulatih mencari keserasian semula bersama pasukan untuk berada dalam senarai utama.
"Jika tidak terpilih, saya harus berusaha lebih lagi, dan saya mahu nama saya tersenarai," katanya di Nadi Arena.
Selepas sembilan bulan berada di luar radar skuad utama, Faizal mengakui semangatnya untuk kembali menyarung jersi Malaysia tidak pernah luntur dan kini janji harus dikotakan -- dia perlu membuktikan bahawa dirinya masih kekal relevan untuk memperkuat tonggak serangan kem negara.
"Saya akan menunjukkan kesungguhan saya yang saya masih layak berada dalam pasukan.
"Itu yang paling penting.
"Saya ada seminggu untuk membuktikan.
"Selepas sembilan bulan bersara, saya perlu mencari semula tahap kecergasan terbaik. Tahap kemahiran tidak memerlukan masa lama," tambahnya.
PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat