Skip to main content

Sukan Lain

Kemajuan semakin ketara, Robert Ballard percaya Azeem Fahmi mampu lakar rekod baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ballard.jpg
Pengarah Teknikal Kejurulatihan Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard, menegaskan pelari pecut nombor satu negara, Muhammad Azeem Fahmi, berada dalam momentum terbaik untuk melebur rekod kebangsaan.

Penyertaan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu dalam kejohanan tertutup turut mempengaruhi kejayaannya mencipta sensari dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn, Amerika Syarikat, minggu lalu.

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.

Menurutnya, pelari berusia 21 tahun itu semakin matang daripada segi kekuatan terutamanya pada jarak 30m awal, sekali gus membolehkannya mengatasi pelari dari Eropah yang mempunyai kelebihan fizikal.

Dengan disiplin dan komitmen berterusan serta bantuan jurulatihnya di Amerika Syarikat (AS), Ken Harnden, Ballard menjangkakan Azeem akan mencapai prestasi kemuncak pada umur 26 tahun.

Selepas ini, atlet kelahiran Perak tersebut bakal kembali beraksi dalam kejohanan yang akan berlangsung di Tennesse State University (TSU), minggu hadapan. 

Advertisement

Must Watch Video