Kegemilangan penerjun negara, Cheong Jun Hoong, di pentas dunia meraih pujian daripada bekas rakan seangkatannya dalam kem terjun negara.
Jun Hoong muncul juara dunia acara 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia, Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Budapest, Hungary, semalam.
"Sebagai bekas atlet terjun, saya berasa ia satu pencapaian yang sangat membanggakan, bukan sahaja untuk skuad terjun, malah untuk Malaysia.
"Ini membuktikan sukan terjun berpotensi di peringkat dunia," kata bekas penerjun lelaki negara, Bryan Nickson Lomas.
Dua lagi bekas atlet negara, Yeoh Ken Nee dan Pardika Indoma Pamg Joheng, turut senada dengan pandangan Bryan itu.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cheong Jun Hoong kerana muncul juara dunia pertama dari Malaysia yang memenangi pingat emas dalam FINA.
"Jun Hoong, anda benar-benar membanggakan pasukan terjun negara.
"Apabila terbaca dalam akhbar mengenainya, saya tidak sedar bahawa Malaysia mampu memenangi emas.
"Saya masih ingat pesan jurulatih yang mengatakan "ia bukanlah impian sehinggalah kami berusaha keras mencapainya".
"Tiada apa yang mustahil," kata Ken Nee.
Pardika Indoma, yang merupakan abang kepada Pandelela Rinong, turut berkongsi kejayaan itu.
"Tahniah kepada Cheong Jun Hoong dan pasukan terjun negara kerana membawa pulang satu pingat emas dan gangsa dalam FINA.
"Kami sangat bangga dengan pencapaian itu dan sentiasa mendoakan kejayaan skuad terjun negara," katanya.