OLAHRAGA
Kem olahraga sandaran pingat dalam AUG -- Datuk Dr Pekan Ramli
Selepas memparagakan persembahan cemerlang, pelari 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy, akan menjadi sandaran dalam kejohanan Sukan Universti ASEAN (AUG) yang akan berlangsung pada 26 Jun hingga 6 Julai, di Surabaya, Indonesia.
Walaupun masih belum menetapkan sasaran pingat bagi keseluruhan kejohanan namun, berdasarkan momentum terbaik atlet terkini, acara olahraga mampu dijadikan sebagai lubuk kutipan pingat buat kontinjen negara.
Selain Shereen, pelari 400m lelaki, Umar Usman turut dijadikan prospek untuk memungut sebarang kilauan pingat walaupun dikatakan jadual persiapan terpaksa disingkatkan.
Iklan
"Persembahan atlet olahraga negara berada di tahap terbaik untuk menjelmakan kejayaan buat negara di sebalik mempunyai barisan kontinjen yang sedang meneruskan rentak kecemerlangan di setiap kejohanan," kata Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli.
Must-Watch Video