Skip to main content

Sukan Lain

Kem memanah negara tagih semula kepakaran Jae Rack

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syaqiera.jpg
Kem memanah negara menerima DNA baru dari Korea Selatan dengan kehadiran semula Kim Jae Rack yang dilantik sebagai jurulatih yang diumumkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).

Sebelum ini, Jae Rack pernah menggalas tanggungjawab selaku pengendali sandaran Malaysia sekitar taunn 2005 hingga 2011.

Menurut Olimpian memanah recurve negara, Syaqiera Mashayikh, program latihan setakat ini masih di fasa pengenalan dan memperkemas asas kemahiran.

Pelan khusu bersifat fizikal bakal diperkenalkan selepas raya.




"Buat masa sekarang, Alhamdulillah.

"Jurulatih baru menganalisa perkembangan terkini pasukan.

"Menjelang Sukan SEA Thailand, pelan belum diketahui cuma berlatih seperti biasa," katanya di Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video