Keluar daripada kemurungan, pak cik umur 71 tahun kini pakar pecut 100m

Shaiful Shamsudin
Disember 22, 2024 12:13 MYT
Pak cik umur 71 tahun catat di bawah 14s ungguli 100m
Jin Hui, 71, menyapu bersih lima pingat emas kategori umurnya dalam Kejohanan Trek dan Balapan China 2024 selain merakamkan catatan 13.97 saat dalam acara 100 meter.
Jelas sekali bekas penyelenggara kilang keluli di Mongolia itu telah mengadakan persiapan rapi untuk penyertaan keduanya dalam kejohanan yang melibatkan peserta berumur di antara 35 dan 84 tahun tersebut memandangkan tahun lalu dia mencatat 15.26s dalam acara sama.
"Kejayaan memecahkan rekod adalah detik paling gembira dalam hidup saya. Seronok dapat mencabar kemampuan sendiri!" menurutnya di Global Times-Xinhua.
Lelaki dari wilayah Qingdao itu yang mula aktif bersukan bagi mengisi lapangnya sejak bersara pada 2008 mendedahkan dia pernah melalui kemurungan kerana berasakan tidak berguna lagi sebelum mengungguli acara 200m, 4×100m dan 4×400m serta lompat jauh.
;