Skip to main content

Sukan Lain

Kelayakan Sukan Olimpik: Skuad terjun negara buru slot ke Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhabitah.jpg
Bulan Mei menjadi kalendar penting buat skuad terjun negara di mana penerjun senior bakal menyertai kem latihan di China sebagai persiapan bagi menghadapi saingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Jepun pada 14 Julai ketika penerjun muda bersaing di Sukan SEA Kemboja.

Difahamkan tiada kejohanan berprestasi tinggi dalam masa terdekat, alternatif terbaik buat skuad senior negara, menjalani latihan di China sekurang-kurangnya sebulan setengah bagi melonjakkan prestasi sebelum perebutan slot ke Sukan Olimpik.

Ia sekaligus meletakkan skuad senior di landasan terbaik untuk hadapi saingan Sukan Asia yang akan berlangsung pada September.

"Kami mahu memastikan peningkatan dalam terjunan kami. Jurulatih juga mengendalikan pertandingan antara kami dalam menentukan perkembangan yang telah kami usahakan," kata penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee.

"Kami sedang membuat persiapan bagi saingan Kejohanan Dunia nanti dan melihat kemampuan barisan pencabar untuk Sukan Asia dan berharap segalanya berjalan dengan lancar tahun ini," kata penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Advertisement

Must Watch Video