Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024: Ini skuad terbaik saya -- Arul Selvaraj
Ammar Hakim
Januari 11, 2024 19:28 MYT
Januari 11, 2024 19:28 MYT
Ketua jurulatih hoki lelaki negara, Arul Selvaraj, menganggap skuad yang akan beraksi di kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 adalah yang terbaik pernah dimilikinya.
Tanpa menafikan sumbangan pemain-pemain senior, Arul mengakui lebih selesa menggunakan khidmat tenaga muda yang disifatkannya mempunyai keinginan memuncak untuk membuktikan kredibiliti masing-masing.
Speedy Tigers berlepas ke Oman dalam misi hidup mati buru slot ke Olimpik Paris 2024!#NadiArena #Hoki pic.twitter.com/brz6bPBWEF
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arul jelas lega apabila dia dapat bantuan mencukupi daripada pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan pemain yang dimahukannya cergas untuk menghadapi aksi kelayakan.
Dia juga optimis gabungan pemain lama dan rata-ratanya pemain di bawah usia 30 tahun itu mampu menamatkan kemarau 24 tahun Malaysia di pentas Sukan Olimpik.
Arul turut mengesahkan 'The Speedy Tigers' bakal mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kanada Jumaat ini manakala Chile pada Sabtu.
Sementara itu, kapten pasukan, Muhammad Marhan Mohd Jalil, mengakui tekanan kian memuncak buat dia dan rakan sepasukan bagi merealisasikan misi hidup mati Malaysia layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Marhan bagaimanapun percaya, kesemua pemain sudah bersedia untuk harungi aksi Kumpulan A bermula dengan aksi pembukaan bertemu China pada 15 Januari depan.